Gara-gara tindakannya memuatnaik gambar dan video yang menampakkan susuk tubuh di Instagram, pelakon yang menceburi dunia lakonan sedari usia lapan tahun, Aedy Ashraf telah dikritik sesetengah pihak.
Tidak terkecuali, tindakan pelakon yang bakal muncul menerusi filem 'Blok 404' itu juga turut menjadi pendebatan hebat netizen.
Aedy ditanya mengenai perkara ini berkata yang dia bukan sengaja mahu mencetus kontroversi sebaliknya hanya menjadi diri sendiri.

"Saya hanya menjadi diri sendiri. Selama ini saya berusaha keras mendapatkan susuk badan dambaan ramai lelaki.
Jadi, apa salahnya saya kongsi di Instagram. Lagipun, saya bukan sengaja mahu cetus kontroversi. Ini kehidupan dan pilihan saya.
"Terpulang kepada khalayak mahu melihatnya atau tidak," kata jejaka berusia 24 tahun ini dengan tenang apabila perkara itu dibangkitkan.
Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment