25 July 2017

"ITU IG SAYA, TAK SUKA UNFOLLOW" - FASHA SANDHA



"Itu Instagram saya, jadi terpulang kepada saya untuk menulis apa sahaja yang saya rasa dan kalau ada tidak boleh terima boleh unfollow!

"Pada saya ia tidak menjadi kesalahan untuk meluahkan perasaan kita di laman sosial dan bukannya hanya menunjukkan perkara yang baik sahaja kerana saya juga manusia biasa.

"Ada harinya kehidupan saya penuh dengan kegembiraan dan kebahagian dan sebaliknya," kata pelakon Fasha Sandha yang mengakui lali dengan cakap-cakap negatif tentang dirinya.





Sikap terbuka Fasha dalam meluahkan perasaannya tentang pelbagai perkara di Instagram sering mengundang perhatian sehingga menjadi sasaran haters.

Bagaimanapun kata Fasha, dia tidak pernah berasa terganggu dengan komen negatif diterimanya kerana laman sosial tersebut adalah ruang peribadinya dalam berkongsi pelbagai perkara.

Malah kata aktres berusia 33 tahun ini, dia tidak melihat keterbukaannya itu sebagai satu kesalahan kerana sebagai manusia biasa kehidupannya juga ada suka dan duka.

Dalam pada itu, Fasha berkata, dia tidak pernah membaca komen negatif pengikutnya kerana menganggap golongan ini sebenarnya peminat tetapi keliru.

Klik untuk gambar besar


"Saya jenis orang yang tahu akan baik dan buruk dalam sesuatu tindakan yang diambil dan saya ok sahaja dengan apa sahaja orang hendak kata kerana sudah lali.

"Saya tak baca komen negatif tetapi kalau ada orang maklumkan kepada saya mengenai komen yang melampau barulah saya akan sekat mereka.

"Ingat dahulu ada orang wujudkan Facebook We Hate Fasha Sandha? Mana akaun itu sekarang?

"Pada saya haters yang banyak masa menulis panjang-panjang mengenai kita mereka minat tetapi keliru," ujarnya yang bakal memasuki set penggambaran drama bersiri 70 episod iaitu 'Syurga Kedua'.




www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: