15 July 2017

SAH HAMIL - SUAMI YAYA MAEMBONG MENANTI KELAHIRAN ANAK KEDUA



Tahniah diucapkan buat pelakon Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar apabila isterinya yang juga pelakon, Yaya Maembong sah hamil anak kedua mereka.

Menurut Wan Raja, isterinya kini hamil tiga bulan dan dijangka bersalin Februari tahun depan.

"Kebetulan tarikh lahir saya pada Februari dan berharap dapat berkongsi tarikh lahir sama dengan anak," katanya.





Bapa kepada pelakon cilik Seri Aileen Marissa yang kini berusia satu tahun tiga bulan ini berkata, dia tidak kisah mengenai jantina bayi dan mendoakan kesihatan kandungan isterinya.

"Seronok juga kalau dapat anak lelaki kerana sudah ada anak perempuan. Namun, semuanya kuasa Tuhan dan tidak kisah sekiranya anak kedua adalah perempuan," ujarnya.

Seri Aileen Marissa yang comel mula mencuri perhatian netizen selepas berlakon dalam drama bersiri 'Sayang Papa Saya Tak' dan bayi itu kini mempunyai lebih 247,000 pengikut di Instagram.

Klik utuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: