20 July 2017

TAHNIAH - RICH & VELVET TIMANG ANAK KEEMPAT



Pada 16 Julai lalu, pasangan kelahiran Akademi Fantasia musim ke-4 iaitu Richael Lawrence Gimbang, 35, dan Velvet Lawrence Aduk, 30, telah menerima kehadiran 'orang baru' apabila cahaya mata keempat mereka itu selamat dilahirkan.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh vokalis kumpulan Estranged itu menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.





Difahamkan, Rich dan isterinya itu telah menamakan anak perempuan mereka dengan nama 'Denika Richael Gimbang'.

"Welcoming our precious baby Denika Richael Gimbang into this world. It is an honour and a privilege to be your Mama & Papa. (Update: It's a baby girl by the way!😅)," tulis Rich di laman Instagramnya.

Pasangan yang berkahwin pada Disember 2008 itu sebleum telah dikurniakan tiga cahaya mata, Joshia, 8, Caroline, 6 dan Kianu, 3.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Rich Estranged IG




         ________________________





No comments: