20 July 2017

3 BULAN 'DIGANTUNG' - AMMAR TITAN BAKAL BUKA KAFE KUCING



"Alhamdulillah, saya semakin matang dan positif selepas apa yang berlaku. Kita tidak boleh pandang ke belakang dan kena teruskan hidup walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.

"Sepanjang tiga bulan ini saya sibuk nak uruskan proses membuka kafe yang turut mempunyai kucing," jelas Ammar Titan yang kini sibuk menguruskan proses untuk membuka sebuah kafe yang turut mempunyai koleksi kucing.

Selepas tiga bulan digantung tugas gara-gara isu menghina bapa Watson Nyambek, pemilik nama Azizul Ammar Abu Hassan, 30, berhasrat membuka sebuah restoran yang dikenali sebagai kafe kucing.





"Sekarang ini dah lebih kurang 30 peratus siap dan Insya-Allah mungkin dalam beberapa bulan lagi kafe akan dibuka.

"Saya ada tempah kucing-kucing dari luar negara seperti Rusia untuk diletakkan di kafe ini," kata bekas penyampai radio Hot FM .

Pada 23 April lalu, Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat Ammar dan enam kru penerbitan tanpa tempoh dinyatakan susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek menerusi program Sukan Tak Sentral.

Dalam pada itu, Ammar berkongsi berita gembira mengenai isterinya, Nur Amalina Jamil, 28, yang kini sedang hamil anak pertama.

Klik untuk gambar besar


Usia kandungan isteri Ammar sudah lebih tiga bulan dan dijangka lahir pada penghujung tahun ini.

"Saya dan isteri tidak sabar menantikan kelahiran anak pertama kami. Kalau ikut tarikh yang doktor berikan Insya-Allah bayi kami lahir pada 28 Disember depan.

"Alhamdulillah, Amalina tidak mengalami alahan yang teruk dan kandungan pun dalam keadaan yang baik.

"Saya harap semua doa yang baik-baik untuk keluarga kecil saya," ujarnya yang berkahwin dengan Amalina pada 1 April lalu.




www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: