21 July 2017

"KENA JUAL MAHAL SIKIT" - FASHA SANDHA



Kita semua sedia maklum mengenai hubungan rapat pelakon Fasha Sandha, 33, dengan seorang jejaka yang dikenalinya beberapa bulan lalu.

Fasha yang masih merahsiakan identiti jejaka tersebut kini semakin terbuka berbicara soal hati apabila memberi petanda hubungan dengan 'si dia' sudah memasuki fasa rindu.

Akui Fasha, jika sebelum ini mereka hanya mengucapkan selamat pagi dan malam, kini keadaan lebih intim biarpun dirinya tidak memberi balasan apabila 'si dia' mengungkapkan kata rindu.





Malah, jelas ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu lagi, bukan bermakna mereka sudah bercinta, sebaliknya Fasha memberi sempadan dalam hubungan sekadar status teman rapat itu.

"Sebelum ini, saya ada cakap kami berkawan rapat dan belum ke arah bercinta. Cuma, sekarang fasa hubungan itu adalah sudah berani cakap rindu.

"Tetapi apabila dia kata rindu, saya tidak terus balas. Kenalah jual mahal sikit kerana kita ini wanita.

"Apa pun, sekurang-kurangnya ada teman istimewa untuk ucap selamat pagi dan selamat malam di aplikasi WhatsApp. Hendak kata hati saya sudah dimiliki pun belum lagi," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Fasha, antara sebab dirinya itu selesa berkawan dengan lelaki tersebut adalah kerana beliau menerima anak-anaknya dengan baik.

"Bagi saya anak-anak saya adalah keutamaan, melebihi segala-galanya. Syukur dia menerima anak-anak saya dengan baik," ujarnya.

Menurut Fasha, lelaki yang berjaya mengetuk sedikit pintu hatinya itu bukanlah orang yang dikenali ramai sebaliknya hanya orang biasa berstatus solo.

Harapnya Fasha ada jodoh dengan 'si dia' sehingga ke jinjang pelamin. Siapa tahu, lelaki itu adalah yang paling tepat buat dirinya? Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: