21 July 2017

DIPERSOAL KAHWIN DENGAN SUFIAN - ELFIRA LOY AKUI TAK FAHAM



"Kenapa perlu lengahkan sesuatu perhubungan apabila kedua-dua pihak berasa selesa dan keluarga pun merestui?

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk melanjutkan hubungan ini daripada bercinta lima hingga enam tahun dan apa-apa boleh berlaku ketika itu.

"Saya sudah bersedia dan sepatutnya semua wanita pun perlu berbuat demikian apabila tiba masanya," kata pelakon Elfira Loy, 23, yang tidak faham dengan tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan keputusannya memilih penyanyi Sufian Suhaimi, 25, sebagai calon suami.





Dalam masa sama, mereka turut mendakwa pasangan ini tidak serasi dan menganggap usia Sufian yang terlalu muda untuk membimbing Elfira.

Elfira berkata, dia memilih Sufian atas pelbagai faktor walaupun baru mengenali penyanyi lagu 'Terakhir' itu tahun ini.

Menurutnya, tiada sebab untuk dia melengahkan hubungan itu, malah mereka juga merancang untuk melangsungkan pernikahan tahun depan dan bukannya tahun ini seperti dikatakan segelintir pihak.

Klik untuk gambar besar


Elfira juga menyelar dakwaan mengatakan Sufian terlalu muda dan dia sepatutnya boleh mendapatkan calon suami yang lebih sesuai untuk dirinya.

"Barang kali mereka melihat Sufian masih remaja tetapi dia sebenarnya sudah matang. Mereka belum bercakap dengannya dan mengetahui bagaimana corak pemikirannya," ujarnya.

Terdahulu, pada 1 Julai lalu, keluarga Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira berserta sebentuk cincin.

Buat Elfira, abaikan sahaja kritikan negatif. Tidak faham juga dengan mereka ini, kahwin cepat salah, kahwin lambat pun salah.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: