08 July 2017

"TAK MASUK CAMPUR, DIA PERLU TERIMA KRITIKAN" - HAFIZ HAMIDUN



Sebelum ini, isteri kepada Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa dikecam netizen selepas memuatnaik gambarnya yang dikatakan seksi di laman Instagram miliknya.

Dek kerana itu, Hafiz turut menerima tempias kecaman apabila ada yang berpendapat beliau sebagai suami tidak memantau aktiviti media sosial isterinya. Lebih hebat lagi ada juga yang mengatakan Hafiz sebagai suami yang dayus.

Hafiz ketika ditemubual mengenai perkara tersebut menganggap apa yang berlaku itu adalah tanggungjawab isterinya sebagai individu.





"Setiap apa yang dimuat naik di laman sosial isteri, ia tanggungjawabnya sendiri dan saya tidak masuk campur kerana kebanyakan adalah berkaitan perniagaannya.

"Pada masa sama, dia juga memiliki syarikat dan kumpulan penasihat yang akan memantau setiap apa yang dimuat naik. Apa yang boleh saya katakan, ia tanggungjawabnya sebagai individu," katanya.

"Dia sendiri perlu bersedia untuk terima sebarang kritikan, sama ada suka atau tidak.

Klik untuk gambar besar


"Saya bukan sengaja tidak mengendahkan hal itu tetapi apabila terlalu ramai peminat yang menghantar mesej serta 'tag' nama saya di ruangan komen, saya memilih untuk tidak melayannya," katanya.

Ditanya sama ada dia memantau laman Instagram isterinya, Hafiz meletakkan beberapa batasan.

"Ada beberapa batasan yang sudah kami persetujui. Saya tidak mengikutnya di laman Instagram kerana tidak mahu masuk campur dalam hal perniagaannya.



"Lagipun, kebanyakan apa yang dikongsinya di laman itu adalah mengenai wanita, solekan dan perniagaannya," jelasnya.

Sebelum ini gambar seksi yang menunjukkan Joy atau nama sebenranya Siti Arifah Amin memakai baju yang jarang serta menampakkan dadanya mula tersebar.

Ramai yang mengecam tindakan wanita itu yang tidak selari dengan imejnya yang bertudung serta bersuamikan Hafiz.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: