18 August 2017

27 OGOS INI - NASSIER WAHAB BAKAL TUNAI HAJI


Alhamdulillah... pada 27 Ogos ini, penyanyi Datuk Nassier Wahab, 55, bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima.





Difahamkan, isterinya, Datin Fatimah tidak dapat turut serta atas masalah kesihatan yang dialaminya. Nassier akan ke Mekah bersama pengurusnya, Alif.

"Kak Fatimah tak dapat ikut sebab buat rawatan dialisistiga kali seminggu. InsyaAllah, akan bakan buatkan Haji untuk dia nanti," tuturnya.

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, Nassier telah mengadakan sedikit kenduri tahlil dan doa selamat sempena pemergiannya

Klik untuk gmbar besar


Nassir juga memohon maaf jika tidak dapat bertemu dengan semua saudara-mara dan rakan-rakan kenalannya.

"Seandainya saya tidak dapat berjumpa dengan anda sebelum saya ke Mekah, saya menyusung jari sepuluh meohon ampun dan maaf atas segala dosa saya terhadap anda.

"Doakan agar Allah SWT mempermudah segala urusan dalam menyempurnakan rukun Islam yang kelima dan mendapat Haji yang Mabrur," ujarnya



Ini merupakan pengalaman Haji yang pertama buat Nassier. Sebelum ini dia hanya mengerjakan ibadah umrah sahaja.

"Lain rasanya Haji dan Umrah. Sekarang ini pun dan kena banyak belajar untuk berubah sikap ke arah yang lebih positif.

InsyaAllah, kami ucapkan selamat jalan dan selamat kembali serta mendapat haji yang mabrur.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: