18 August 2017

MENGAKU 'KANTOI' LAGI: "BERAKHIR BILA DIKETAHUI ADIRA" - DATUK RED


Kantoi lagi...!!

Demikian halnya dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu apabila dirinya kantoi sekali dan kali ini dengan seorang pelakon wanita bernama N berasal dari Sabah.





Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 39, mengesahkan kebenaran khabar angin bahawa dia kini sedang rapat dengan seorang pelakon wanita tersebut.

Jelas Datuk Red, hubungan tersebut terjalin sejak beberapa bulan lalu, bagaimanapun kini sudah berakhir selepas perkara itu diketahui Adira.

"Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia.

Klik untuk gambar besar


"Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagi tahu Adira. Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti," ujar Datuk Red.

Usahawan hartanah itu berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac lepas.



Bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah atau Datin Red, mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Sebelum itu, Adnan pernah terkantoi apabila tersebarnya video dia memeluk pelakon Ruhainies ketika menaiki eskalator sebuah pusat beli belah.

Dalam pada itu, ditanya lebih lanjut mengenai hubungannya dengan artis berkenaan, Adnan berkata, dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga atau mengambil wanita berkenaan sebagai isteri sebaliknya sekadar berkawan sahaja.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: