Pada tanggal 6 Ogos lalu, Syarif dari bekas ahli kumpulan Sleeq telah menimang cahaya mata kedua iaitu seorang bayi lelaki.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Syarif sendiri menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar dirinya bersama isteri, Malaque Mahdaly serta anak-anaknya selain meluahkan rasa syukur.
"Alhamdulillah. Our prince was safely delivered on the 6th of August at 1411hrs. Welcome to this world my love. Thank you all for the well wishes and prayers. #thesyarifs #thesyarifsno2," tulisnya.
Klik untuk gambar besar

Terdahulu, penyanyi berasal dari Singapura dan isterinya telah dikurniakan seorang anak perempuan, Selma Malika yang kini berusia 2 tahun.
Tahniah kami ucapkan dan semoga dengan kehadiran cahaya mata yang baru dapat ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

www.myartis.com / Sumber: Syarif IG
________________________

No comments:
Post a Comment