10 August 2017

ISU RUMAH TANGGA: "MAHU BAHAGIA, TETAPI APAKAH DAYA" - ISTERI HAFIZ HAMIDUN


Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa Sofia telah meluahkan perasaannya menerusi laman Instagram dengan memuanaik video lagu 'Despacito' yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.





Antara lain, lirik lagu itu berbunyi: "Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu."

Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, "Seharusnya...lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru.."

Dek kerana itu, ramai bertanya mengenai status perkahwinannya dengan penyanyi terbabit yang dikatakan sedang dilanda badai.

Baru sahaja diijabkabul pada 1 Mei (2017) lalu, kini desas desus mengenai badai yang melanda rumahtangga Hafiz dan isterinya sedang bertiup kencang.

Klik untuk gambar besar


Malah kenyataan isteri Hafiz kepada BH Online bagai memberi gambaran apa yang sedang dilalui mereka ketika ini.

Enggan mengulas lanjut, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, bagaimanapun memberitahu kesibukan kerja membuatkan hubungan mereka sedikit renggang.

"Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga). Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan.

"Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk. Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya," katanya ketika dihubungi.



Dalam pada itu, Joy juga tidak lagi memuatnaik gambar bersama Hafiz selepas kali terakhir berbuat demikian pada 1 Julai lalu.

Sementara itu, Hafiz, 33, melalui Harian Metro enggan memberikan komen lebih lanjut mengenai isu ini.

"Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian," tuturnya.

Apa pun, semoga segala masalah yang dihadapi oleh Hafiz dan isteri dapat diselesaikan dengan cara baik dan dipermudahkan segala urusan.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: