10 August 2017

'BERSELUAR PENDEK' DI TEPI PANTAI - LISA SURIHANI DIKECAM


Kita semua mengetahui bahawa isteri kepada Yusry Abdul Halim, pelakon Lisa Surihani yang pernah menerima jolokan Malaysia’s Sweetheart pada zaman kegemilangannya itu sering kali muncul dengan imej sopan.





Namun begitu, baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar dirinya mengenakan 'seluar pendek' di tepi pantai dan khabarnya ia bukan dikeluarkan oleh Lisa sendiri, sebaliknya di sebuah akaun Instagram kenalannya.

Jika dilihat daripada kronologi gambar tersebut, Yusry dan Lisa sebenarnya menghadiri majlis sambutan hari lahir rakan baik mereka.

Klik untuk gambar besar


Malah Lisa hanya memuatnaik gambar sekitar majlis sahaja dan berjaga jaga dalam berkongsi gambar di laman sosial tersebut, selari dengan dirinya sebagai seorang selebriti.

Namun apakan daya, gambar tersebut sudah tersebar dan pastinya peminat menuntut jawapan daripada empunya diri sendiri.

Netizen berpendapat sebagai ibu dua anak dan seorang selebriti beragama Islam, Lisa tidak sesuai mengenakan 'shortpants'.










www.myartis.com / Sumber: Forum Cari & Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: