25 August 2017

DEDAH 'KEHAMILAN' ISTERI PERTAMA - DATUK RED PERSOAL ETIKA KLINIK


Sebelum ini, heboh di media sosial yang menceritakan tentang Datuk Red iaitu suami kepada Datin Red dan penyanyi Adira ini yang serius mencari isteri ketiga.





Terbaru, isteri kepada Datuk Red, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Syarifah Norshafila Hassim dikatakan hamil lagi selepas individu tersebut berkongsi maklumat peribadi pesakit kepada orag ramai menerusi laman Facebook.

Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu menerusi laman Facebook miliknya telah berkongsi gambar yang telah di screenshot daripada seorang pengguna laman media tersebut.

Melihat pada ruangan kapsyennya pula, Datuk Red telah mempersoalkan dimanakah etika sebuah klinik yang telah berkongsi maklumat peribadi pesakit kepada orang ramai.

Klik untuk gambar besar


"Mana etika klinik, kau sebagai klinik kner jaga privacy patient, bkan lepas org tu balik je kau trus up status.. dikk.. ai sorang je cari publisiti murahan dah le kau jagn le.. laporan staff ai u nurse je yunk..

"Hmmm camner para lawyer2 yg bijak bistari kat sni leh x ai saman dorang. biar dorang tau sikit, suh jaga laki sendiri x nak.. sebuk nak jaga laki org..," tulis Datuk Red.

Pengikut-pengikut Datuk Red di Facebook turut bersetuju dengan apa yang ditulisnya di ruangan kapsyen.



Ada benarnya apa yang ditulis oleh Datuk Red itu, seharusnya sesebuah klinik yang menyimpan maklumat tentang pesakit tidak boleh sewenang-wenangnya untuk mendedahkan apa-apa maklumat pesakit kepada orang ramai.

Diharap perkara yang berlaku ini diambil sebagai pengajaran kepada semua orang untuk sentiasa berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi orang lain kepada umum kerana ianya mungkin boleh memberi kesan negatif kepada individu yang terbabit.

Apapun, jika benar Datin Red kini sedang hamil, tahniah kami ucapkan.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: