Semua mengetahui mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang bukan sahaja rumit dengan masalah dokumentasi, tetapi juga dengan campur tangan keluarga.

Jika sebelum ini kakak Joy bersuara, kini giliran maknya pula menyindir menantunya, Hafiz yang kononnya beliau tidak pernah menyentuh anak perempuannya ketika berbulan madu.
Nampaknya ibu Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin tidak berpuas hati dengan kenyataan yang Hafiz katakan sebelum ini.
Bagaimanapun, status-status berbaur menyindir itu telah mengundang kemarahan netizen kerana merasakan ibunya tidak perlu masuk campur urusan kelamin anak menantu.
Klik untuk gambar besar

Selain itu ada juga yang berang dengan mulut 'laser' ibu Joy menyindir secara terbuka di media sosial.
Rasanya sebagai ibu bapa, tidak perlulah terlalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak, cukuplah hanya menasihati.
Sebagai orang yang lebih tua, tunjukanlah sikap yang lebih matang di depan anak-anak. Kalau ibunya sudah begitu, tidak hairanlah anaknya juga berperangai yang sama.

Mujur juga ahli keluarga Hafiz dilihat tidak langsung masuk campur dalam hal ini, mungkin percaya Hafiz mampu mengendalikannya.
Ada baiknya ahli keluarga Joy juga berbuat yang sama untuk tidak memburukkan lagi keadaan.
Terdahulu Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim melalui kenyataannya turut mengakui bahawa pihaknya sendiri membenarkan Hafiz dan Joy bernikah kerana mendapat kerjasama dari bekas suaminya juga.
Apapun, doakan yang terbaik buat mereka dan sama-samalah kita tunggu keputusan mahkamah pada 14 September nanti.



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________

No comments:
Post a Comment