26 August 2017

10 GAMBAR - WAJAH COMEL KAYLA REYSHA, ANAK DIANA & ZAMARUL


Pada 22 Ogos lalu, pasangan pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham telah menyambut kelahiran anak kedua mereka yang diberi nama Kayla Reysha.





Jika kebanyakan pasangan selebriti lain memilih untuk tidak berkongsi wajah anak mereka yang baru dilahirkan, berbeza pula Diana dan Zamarul.

Menurut Diana, dia dan suami mengambil pendekatan berbeza kerana ingin berkongsi khabar gembira dengan peminat.

"Kelahiran ini adalah perkara baik, jadi saya dan suami mengambil keputusan untuk berkongsi dengan masyarakat. Malah, kami juga tidak menyorokkan wajah anak.

"Namun, saya dan suami tidak mempunyai niat lain melainkan sekadar ingin berkongsi bagi tatapan peminat. Alhamdulillah saya menerima banyak ucapan tahniah dan doa," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, Diana dan Zamarul juga mewujudkan akaun Instagram anak perempuan nya menggunakan nama Kayla Reysha.

Diana menjelaskan, akaun itu bukan bertujuan mencipta populariti anaknya, tetapi lebih kepada kenangan.

"Akaun ini diwujudkan selepas dia dilahirkan. Saya bimbang jika gambarnya hilang, jadi Instagram adalah cara terbaik. Mungkin ada yang beranggapan kami sengaja mencari glamor, tetapi tidak.

"Sekurang-kurangnya kalau kami berkongsi daripada sekarang, ia boleh menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Pada masa sama, setiap gambar yang dimuatnaik adalah catatan perjalanannya.



"Insya-Allah jika anak sudah besar nanti, dia boleh melihat gambarnya semasa kecil. Peminat juga boleh melihat segala aktiviti anak kami," jelasnya.

Bercerita mengenai khabar gembira itu, Diana tidak menjangka bersalin lebih awal dari tarikh sepatutnya iaitu pada 10 September.

"Pagi kelmarin saya rasa lain macam dan ada tanda mahu bersalin. Saya terus mengajak suami ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Doktor memaklumkan sudah ada bukaan 2cm dan terus dimasukkan ke wad.

"Kali ini cepat sangat. Allah permudahkan saya bersalin secara normal tanpa sebarang masalah. Biarpun sepanjang hamil pelbagai dugaan dilalui membabitkan alahan dan emosi, Allah gantikan dengan sesuatu yang mudah," ujarnya.



Diana turut meluahkan rasa syukur apabila hajatnya untuk dikurniakan anak perempuan dimakbulkan Allah.

"Tidak terbalas kuasa Allah. Ketika disahkan hamil, saya memang tak berhenti berdoa agar dikurniakan anak perempuan. Bukan apa, ketika hamil anak sulung lagi saya berdoa perkara sama. Namun, belum rezeki kami.

"Biarpun ketika membuat ujian imbasan kehamilan doktor mengesahkan jantina anak perempuan, saya tidak mahu terlalu berharap.

"Sehinggakan barang keperluan anak pun kami tidak sediakan lagi. Disebabkan itu apabila selamat bersalin, saya terus bertanya jantina anak kepada doktor.



"Memang tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu. Saya berasa sangat bersyukur dengan anugerah ini," tuturnya.

Diana yang telah keluar hospital pada 24 Ogos lalu itu berpantang di rumah kakak memandangkan suaminya itu sibuk mengacara rancangan travelog.

"Memandangkan suami sibuk dengan tugasan mengacara rancangan travelog, jadi saya menjalani tempoh berpantang di rumah kakak.

"Dalam masa sama, suami sudah mendapatkan khidmat bidan bagi membantu saya," katanya yang mempunyai seorang anak lelaki, Kashfi Haiqal yang berusia tujuh tahun.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: