26 August 2017

DATIN RED SAH HAMIL: "NAK SURPRISE SAYA, LAST-LAST KANTOI" - DATUK RED


Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red ini baru-baru ini mempersoalkan etika sebuah klinik yang mendedahkan maklumat pesakit kepada orang ramai.





Melalui screenshot dan ruangan komen, isteri pertamanya, Datik Red atau nama sebenarnya Datin Syarifah Norshafila Hassim dikatakan sedang hamil.

Ditanya kesahihan berita ini, Datuk Red telah mengesahkan bahawa isteri pertamanyaitu sememangnya kini sedang hamil lagi.

Menurut Datuk Red, dia berasa amat marah dengan tindakan seorang jururawat di klinik tersebut kerana telah mendedahkan kehamilan isteri pertamanya kepada orang ramai.

Klik untuk gambar besar


Katanya, isteri pertamanya itu mahu membuat kejutan kepadanya namun telah dibocorkan kejutan itu oleh orang lain.

"Tu yang saya marah, dia nak surprise kan saya. Last2 dah kantoi," ujar Datuk Red.

Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu yang dia tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap klinik mahupun jururawat yang terbabit kerana menurutnya, jururawat tersebut sudah menghubungi pembantu peribadinya untuk memohon maaf.

"Tak, nurse tu dah call PA saya mintak maaf bagai. Saya saja je buat macam tu nak bagi dia rasa menyesal sikit," katanya.



Kata Datuk Red, dia sengaja membuat posting tersebut bagi menyedarkan pihak klinik dan jururawat tersebut bahawa tindakan mendedahkan maklumat pesakit itu adalah salah.

Diusik dengan pertanyaan lain iaitu pendapatnya mengenai dilabel sebagai lelaki gatal, miang namun dia sentiasa terbuka menerima kata-kata kecaman tersebut.

Datuk Red menjawab yang kebanyakan perempuan mengecamnya tetapi kaum lelaki menyokongnya.

"Ada tapi kebanyakannya lelaki la, kalu gegurl semua kecam huhu, saya kan tukang promo poliami," tuturnya berseloroh.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: