20 August 2017

DIDAKWA POTONG USUS UNTUK KURUS - SITI SARAH LUAH RASA BERANG


"SUBAHANALLAH bile lah org melayu nak berjaya?? Bile produk saya laris dipasaran.. macam2 tomahan saya dapat. Kali ni saya tak boleh berdiam diri!! Biadap sungguh org yg fitnah saya..





"Kenapa perlu saya potong usus untuk menipu org? Saya dapat turunkan berat badan saya hanya mengamalkan produk saya! Dan banyak org yg berjaya turunkan berat badan dengan @monstalabhq!

"Jangan tipu org.. hanya kerana awak nak jual barang awak! Awak fitnah saya.. Kalau tak kat sini awak dapat balasan kat sana awak jawab!!! #macammanamelayunakmaju," luah penyanyi Siti Sarah Raissuddin menerusi Instagram mengenai dakwaan membuat pembedahan potong usus untuk jadi kurus.

Kalau lihat kepada bentuk badan isteri kepada Shuib sepahtu ini memang bak anak dara, ramping dan cantik walaupun beranak tiga.

Klik untuk gambar besar


Tetapi baru-baru ini ada dakwaan mengatakan beliau membuat pembedahan potong usus untuk kelihatan kurus. Berang dengan fitnah itu, Sarah menafikan sekerasnya dan menjelaskan beliau menggunakan produknya sendiri untuk kurus.

Difahamkan, berita tersebut tersebar berikutan sebuah artikel yang ditulis media tempatan mengenai Sarah yang sebenarnya melakukan pembedahan potong usus untuk tampil kurus dan bukan menggunakan produk yang dijualnya.

Dakwaan itu turut mendapat respon dari suami Siti Sarah yang kecewa dengan fitnah yang dilemparkan.



"Pulakkkkkkk???? Hahaha, dah tentu org rumah kita, kita tau lah mana yg btol mana yg tidak.... tak apalah,bersangka baik..... 😊😊😊," kata Shuib di IGnya.

Luahan Sarah di Instagram membuatkan ramai membanjiri ruangan komen penyanyi itu dengan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa.

Tidak kurang juga yang turut sama marah dengan sikap orang Melayu yang suka dengki dengan kejayaan orang lain. Apapun diharap Sarah sabar dengan dugaan ini, biasalah tidak semua orang suka bila kita berjaya.








www.myartis.com / Sumber: Siti sarah IG & Shuib Sepahtu IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: