21 August 2017

14 GAMBAR - SUASANA MAJLIS BERTANDANG UMMI NAZEERA & SUAMI


Pelakon Ummi Nazeera, 26, dan suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 30, telah diraikan sekali lagi dalam satu majlis bertandang yang berlangsung dengan meriah pada 19 Ogos lalu.





Majlis yang indah itu melihatkan Ummi dan suami cukup anggun dan kacak memakai persalinan songket berwarna kelabu lembut.

Menerusi laman Instagram, Ummi telah berkongsikan momen-momen indah di sepanjang majlis yang berlangsung kelmarin.

"Seronoknyaaaa lepas hantar anak saudara ke rumah besan.. menari yaaa. 😅😅😅 Ini lah keluarga saya.. Alhamdulillah semuanya gembira..

Klik untuk gambar besar


"Yang paling penting bagi Ummi dan suami... restu keluarga.. Itu yang banyak kali naik pelamin ni ...😂

"Ummi cucu pertama Arwah Haji Musa yg kahwin.... Can see that they're happy Alhamdulillah.. Kami suami isteri ikut saja. ❤️🤗," ujar Ummi di IGnya.

Turut meraikan pengantin adalah ahli keluarga di kedua belah, serta rakan-rakan rapat pengantin. Melalui perkongsian di media sosial, ramai yang membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah buat Ummi dan suami.



Untuk pengetahuan, Ummi dan suami sebenarnya bernikah lebih awal daripada tarikh pernikahan sebenar iaitu pada 23 Julai lalu sebelum melangsungkan majlis resepsi terbuka kepada umum pada awal Ogos lalu.

Menurut Ummi, antara sebab beliau bernikah awal kerana menuruti permintaan keluarga agar pernikahan diawalkan.

Apapun tahniah diucapkan kepada Ummi dan suami diatas perkahwinan ini, semoga dengan ikatan ini dapat memberikan seribu kebahagiaan buat ummi. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga juga kepada pasangan ini.
























www.myartis.com / Foto: Ummi Nazeera IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: