Penyanyi yang berasal dari Singapura dan merupakan bekas kumpulan Sleeq, Syarif telah berkongsi gambar-gambar wajah dan aksi comel anak keduanya yang lahir pada 6 Ogos lalu.

Selain mendedahkan wajah dan berkongsi gambar-gambar sekitar sesi 'newborn photoshoot', Syarif dan isterinya, Malaque Mahlad turut memperkenalkan nama anak lelaki mereka iaitu 'Umar Nael'.
Koleksi gambar yang dimuatnaik di laman Instagram pasangan itu turut disertai dengan tiga hashtag iaitu #thesyarifno2, #umarnael dan #thesyarif.
Klik untuk gambar besar

Rata-rata netizen menerusi ruangan komen memuji kecomelan Umar. Tak kurang ada juga yang menggangap anak pasangan ini kacak meskipun masih kecil.
Dalam masa sama, netizen mendoakan semoga Umar dapat menjadi anak yang berguna dan taat kepada kedua ibu bapanya apabila sudah dewasa kelak.
Selain Umar, pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Selma Malika yang kini berusia 2 tahun.

















www.myartis.com / Foto: Syarif Sleeq IG & Malaque Mahlad iG
________________________

No comments:
Post a Comment