21 August 2017

ISU RUMAH TANGGA - HAFIZ HAMIDUN AMALKAN SIKAP POSITIF


"Saya sedar dengan kontroversi apabila ramai pihak mengatakan rumah tangga saya dilanda badai gara-gara luahan sedih isteri dalam laman sosial.





"Namun, apa yang boleh dijelaskan adalah segala yang berlaku selama ini tiada kaitan langsung dengan rumah tangga kami. Hakikatnya, saya dan isteri baik-baik saja.

"Semua ini terjadi kerana ada banyak campur tangan daripada pihak luar sehingga menjadikannya besar dan dibincangkan secara umum terutama di laman sosial," kata penyanyi Hafiz Hamidun, 33, mengenai isu rumah tangganya yang hangat sebelum ini.

Sudah beberapa minggu isu rumah tangga Hafiz menjadi perdebatan ramai sehingga mengakibatkan timbulnya desas-desus mengatakan hubungannya bersama isteri, Joy Revfa yang merupakan seorang usahawan ini berantakan.

Selepas tiga bulan berumah tangga, keharmonian kehidupan Hafiz dan isterinya dipersoalkan gara-gara wanita tersebut memuatnaik beberapa status seperti melambangkan dirinya sedang bersedih dan menghadapi masalah rumah tangga.

Klik untuk gambar besar


Ia menjadi lebih 'panas' apabila Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin itu memuatnaik satu status yang antaranya menegur tentang peranan seorang suami termasuk dalam pemberian nafkah batin.

Oleh kerana perkara tersebut ditulis dalam laman sosial, ia pantas menarik perhatian khalayak sehingga menimbulkan banyak spekulasi kurang manis mengenai rumah tangga penyanyi nasyid tersebut.

Tenang menjawab semua soalan yang dilontarkan, kata Hafiz, dia tidak punya jawapan defensif untuk menjelaskan keadaan rumah tangganya sekarang.

Kata Hafiz, tidak timbul soal pergaduhan sebaliknya memberitahu, kontroversi itu berlaku kerana campur tangan daripada pihak luar yang memanipulasi keadaan sehingga menjadikan rumah tangganya nampak seperti bermasalah.



Malah, kisah 'perseteruan' mereka bagaimanapun dilihat sudah berakhir apabila menerusi laman Instagram, masing-masing sudah nampak 'mesra' dan menggunakan hashtag #HJ (HafizJoy).

Joy Revfa juga telah memadamkan status-status sedih yang menimbulkan spekulasi negatif dalam kalangan khalayak.

Ditanya mengenai dakwaan mengalami masalah batin, Hafiz menjelaskan bahawa perkara tersebut bukan datang dari dia sendiri sebaliknya oleh orang lain.

"Ya Allah. Semua ini mengarut. Saya tidak layan perkara-perkara sebegini. Malah, ia juga ditimbulkan oleh orang lain, bukannya datang daripada saya sendiri.



"Dakwaan-dakwaan tersebut kebanyakannya timbul di laman sosial ditambah pula dengan komen-komen netizen yang menjadikan perkara ini lebih besar. Bagaimana anda melihat situasi ini?

"Saya minta, jangan manipulasi masalah kami. Itu sahaja. Apabila isu ini menjadi perbincangan secara terbuka di laman sosial, serta-merta ia menimbulkan pelbagai spekulasi lain. Sekali gus mengeruhkan keadaan.

"Barangkali ini salah satu cabaran hidup berumah tangga. Cuma saya sentiasa mengamalkan sikap positif dalam apa keadaan jua sekali pun," jelas Hafiz yang berkahwin dalam tempoh kurang empat bulan.

Dalam pada itu, ditanya pula bagaimanakah Hafiz mengawal penggunaan media sosial memandangkan baru-baru ini dia ada membalas komen isteri di Instagram sehingga menjadikan situasi ini semakin keruh?



"Saya menjadi diri sendiri sama ada di luar mahupun dalam laman sosial. Saya sudah menggunakan laman sosial sejak sekian lama.

"Bagaimanapun, untuk isu ini, saya hanya membalas beberapa komen kepada peminat. Jadi, agak tidak adil jika orang ramai mahu menghakimi saya berdasarkan komen-komen tersebut.

"Kalau peminat yang benar-benar mengikuti perkembangan saya dalam laman sosial, mereka akan tahu bagaimana diri saya.

"Kalau ada yang tidak suka, tidak mengapa. Cukuplah jika mengambil manfaat daripada apa yang telah saya kongsikan selama ini," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: