15 August 2017

DISEMBER DEPAN - SAJAT SEKELUARGA BAKAL TUNAI UMRAH


Usahawan kosmetik, Nur Sajat menerusi laman Instagramnya telah mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi satu poster ke Umrah dengan kapsyen yang cukup teruja untuk membawa kedua orang tuannya ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah.





Dalam pada itu, Sajat turut memberitahu bahawa dia tiada niat untuk melambatkan urusan baik ini tetapi adalah tanggungjawab untuk mencari sumber terlebih dahulu untuk membawa ibu dan ayahnya ke sana.

"Alhamduillah.... bulan 12 ini kami sekeluarga akan pergi ke umrah... doa yang terbaik, sekian lama menunggu untuk urusan ini..

"Bukan kerana sajat tak nak pergi awal@melewatkan hal baik ini, disebabkan mak ayah sajat bankrup C, so sajat sebagai anak kena settle hal itu terlebih dahulu...

"Doakan yang baik untuk kami sekeluarga...amin🙏🏽.... #nursajat02 #alhamduillah #umrah," tulis Sajat di IGnya.

Klik untuk gambar besar


Sungguhpun begitu, Sajat telah menutup ruangan komen dan tidak membenarkan sesiapa untuk meninggalkan apa-apa kata tentang perkara tersebut.

Bagus betul Sajat, walaupun melalui pelbagai liku kehidupan dia tetap tabah dan sanggup kumpul wang ringgit demi membawa ayah dan ibunya ke Mekah.

Wah nampaknya tidak lama lagi Sajat akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama keluarganya. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja di sana.






www.myartis.com / Sumber & foto: Nur Sajat IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: