16 August 2017

"GANDINGAN KAMI MUNGKIN TERAKHIR" - ALIFF AZIZ SERIK DENGAN AFIFAH


"Saya lihat ada manusia yang sanggup buat apa saja untuk kepentingan dan menutup khilaf diri.

"Saya percaya buat masa ini, heroin lain pun akan berhati-hati jika dapat tahu akan bergandingan dengan saya. Begitu juga dengan saya.





"Namun, secara khusus buat pelakon itu (Afifah Nasir), gandingan kami ini mungkin yang pertama dan terakhir. Noktah.

"Saya berbuat begitu kerana mahu mengelak kesan dan perkara lama terbuka semula. Lebih baik saya jauhi," ujar penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Suami kepada Bella Astillah ini mengakui yang gandingan beliau bersama Afifah Nasir dalam drama 'Izinkan Aku Mencintaimu' mungkin yang terakhir buat mereka selepas apa yang terjadi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Klik untuk gambar besar


Namun begitu, Aliff berkata beliau tidak serik untuk berlakon dengan produksi yang diheret sama dalam kontroversi baru-baru ini kerana percaya mereka bersikap professional dalam kerja tetapi akan tetap lebih berhati hati.

"Saya pula tidak serik untuk bekerja dengan produksi ini. Namun, dengan apa yang terjadi dan andai ada peluang bekerjasama di bawah produksi sama, saya kena lebih berhati-hati.

"Saya juga berharap produksi ini tak serik untuk menawarkan saya peluang berlakon lagi," tambah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: