16 August 2017

KERETA KENA LANGGAR - PUTERI SARAH LIYANA & BABY SELAMAT


Malang tak berbau...

Demikiannya yang terjadi pada isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusuf iaitu Puteri Sarah Liyana yang berkongsi detik menakutkan apabila terlibat dalam sebuah kemalangan kecil bersama anaknya.





Difahamkan, kereta yang dipandu oleh Sarah itu telah dilanggar oleh pemandu di bahagian belakang. Kata Sarah, keretanya itu hanya mengalami kesan calar, manakala kereta yang melanggar itu mengalami kerosakan teruk.

Dalam masa masa, Sarah memberitahu detik itu sangat mencemaskan memandangkan beliau hanya berdua bersama bayi lelakinya, Syaikhul Islam di dalam kereta.

Namun, syukur semuanya terkawal dan anaknya dalam keadaan yang baik dan tidak meragam kerana terkejut.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah syukur Allah. Harini dalam sejarah Sarah & Syaikhul terlibat dalam mild accident, orang langgar belakang kereta. Alhamdulillah my car takde pape just calar tapi kereta orang tu terok," tulisnya di laman Instagramnya.

Berkongsi pengalaman di ruangan kapsyen, Sarah turut menasihati pengikutnya untuk mengambil langkah penjagaan ketika memandu seperti baca doa menaiki kenderaan terlebih dahulu untuk mengelakkan segala kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Nak pesan sebelum keluar rumah WAJIB baca doa dan kalau boleh pasanglah cd ayat2 dalam kereta lagi2 baby ade skali. Jangalah masuk kereta terus pasang lagu," pesannya.



Malah, Sarah juga mengingatkan para ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk mengambil serius tentang penggunaan cat seat khusus untuk bayi kecil dan elakkan memandu sambil mendukung anak.

"Sape yang ada anak kecik tu please, please, please CAR SEAT penting. Jangan nak dukung baby ke ape letak dalam car seat tu je. Syaikhul tengah tido dalam car seat tapi die terkejut jugaklah mase org langgar belakang tu.

"Nasib baik die good boy tak meragam then tido balik. All is well. Alhamdulillah syukur Allah jagakan Sarah & Syaikhul," katanya dengan penuh keyukuran.

Syukur semuanya dalam keadaan baik dan mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan. Moga selepas ini Sarah lebih berhati-hati ketika memandu.










www.myartis.com / Sumber: Puteri Sarah Liyana IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: