17 August 2017

ENGGAN KERUHKAN KEADAAN - SYAFIQ FARHAIN PERCAYA PADA REZEKI ALLAH


"Sebagai anak, saya tidak tergamak mahu menggugat atau 'caras' periuk nasi ayah sendiri. Memang ada masanya penganjur mahu saya menyanyikan lagu ayah. Maklum saja, dia seorang penyanyi legenda.





"Walaupun memiliki suara seakan-akan sama, saya masih tidak mampu menyainginya. Tambahan pula bakat saya tidak sehebat dirinya," kata penyanyi baru, Syafiq Farhain, 29, yang meluahkan rasa terkejut apabila ibu tirinya, Julia Bachok membuat kenyataan kononnya beliau mengganggu rezeki vokalis Iklim, Saleem.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, sejak menjadi viral, rezekinya bertambah murah apabila diundang menjayakan pelbagai majlis nyanyian. Beliau juga diperkenalkan sebagai anak penyanyi berpengalaman itu.

"Sejujurnya, saya tak pernah cakap atau memberitahu saya anak kepada Saleem. Bagaimanapun, kebanyakan orang sudah tahu hal itu.

Klik untuk gambar besar


"Apabila nama dipanggil untuk naik ke pentas, pengacara majlis akan mengumumkan siapa saya," jelasnya baru saja muncul dengan single pertama berjudul 'Sayang Maafkan Aku' di bawah naungan MVM Productions.

Mengenai hubungannya dengan Saleem, Syafiq pernah bertemu bapanya dan menyifatkan mereka tiada masalah.

"Setahu saya, kami tidak pernah ada masalah. Apapun, terpulang pada ayah atau Julia untuk bercakap apa sekalipun.

"Saya enggan mengeruhkan keadaan. Saya percaya pada rezeki kerana semua ini ditentukan Allah," tuturnya yang juga seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: