17 August 2017

BADE FAILKAN CERAI TERHADAP ISTERI PERTAMA, ERMA FATIMA HARI INI?


Pengarah tersohor, Badaruddin Azmi atau atau lebih dikenali Bade, 51, dikatakan bakal memfailkan perceraian terhadap isteri pertamanya, Erma Fatima, 47, yang juga merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit terkenal pada hari ini, selepas tidak jadi bercerai pada tahun 2015.





Melalui laporan Kosmo, satu sumber memberitahu bahawa pengarah filem 'KL Menjerit' itu akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Bade ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut dan meminta supaya menunggu sebarang keputusan mengenai perkara tersebut pada hari ini.

"Sila tunggu esok (hari ini)," ujarnya ringkas .

Klik untuk gambar besar


Terdahulu sekitar tahun 2015, Erma atau Farimah Rahmad pernah memfailkan cerai terhadap suaminya itu namun dia menarik balik permohonan tersebut selepas melihat kesungguhan Bade yang enggan bercerai dengannya.

Untuk rekod, Bade dan Erma yang bernikah pada 30 November 1990 itu memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida Abdul berasal dari Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Jihad (lelaki) dan Jannah (perempuan).




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: