17 August 2017

27 TAHUN NIKAH - ERMA FATIMA & BADE AKHIRNYA BERCERAI TALAK SATU


"Apa yang boleh saya katakan, soal mati dan jodoh itu, ketentuan Tuhan dan jika ini ketentuannya, saya sangat reda," ujar pengarah dan pelakon Erma Fatima yang reda apabila sah bercerai talak satu dengan pengarah terkenal Bade Azmi setelah 27 tahun mendirikan rumah tangga.





Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira pukul 11.35 pagi hari ini.

Difahamkan, Bade hadir secara berasingan menaiki motosikal kira-kira pukul 10.30 pagi, manakala Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 49, berjubah hitam tiba di mahkamah pukul 11 pagi bersama adiknya Betty Rahmad.

Bade selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan bercerai pada 10 Ogos mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Klik untuk gambar besar


Erma diwakili peguam Datuk Jamal Mohd Lokman Sulaiman sementara Bade tidak diwakili peguam.

Untuk rekod, Bade dan Erma yang bernikah pada 30 November 1991 itu mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang. Hasil perkahwinan tersebut pasangan dikurniakan dua cahaya mata.

Pada tahun 2015, Erma pernah memfailkan perceraian namun menarik balik permohonan tersebut selepas kedua-duanya mengaku masih saling sayang menyayangi.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: