18 August 2017

"KENAPA BUKA AIB & JAJA CERITA DALAM KELAMBU" - ISTERI HAFIZ HAMIDUN


"Selama ini, saya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga statusnya sebagai 'ustaz penyanyi', tetapi apabila diberitahu dia menjaja cerita dalam kelambu, tiba masanya saya bersuara.





"Dia menghebahkan cerita tidak pernah 'menyentuh' isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar," kata Joy Revfa, 30, yang terkilan apabila suaminya, Hafiz Hamidun didakwa sengaja menjaja cerita peribadi berkaitan hal suami isteri yang dianggap mengaibkan.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin menegaskan tindakannya membalas kenyataan suami di media sosial semata-mata bertujuan melindungi maruah diri.

"Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri. Saya tidak akan bersuara jika bukan dia yang memulakannya.

Klik untuk gambar besar


"Apa niat dia memutar belit cerita dan membuka aib tidak pernah menyentuh saya? Kenapa harus memberitahu seluruh alam mengenai perkara itu.

Usahawan kosmetik itu mendakwa tidak mengetahui sebarang konspirasi mahu pun agenda di sebalik segala tindakan penyanyi terbabit.

"Saya menulis Nukilan Hati di Facebook secara umum, yang sebenarnya bukan ditujukan kepada sesiapa pun. Jadi, kenapa dia yang terasa.



"Tidak mengapa, mungkin dia fikir dirinya lebih berkuasa, tetapi ingat Allah lebih berkuasa daripadanya. Semoga Allah mendengar doa seorang wanita teraniaya," jelasnya.

Ini berikutan komen balas Hafiz di Instagram isterinya yang dipercayai soal batin, Joy nampaknya semakin panas dan membalas kembali komen itu untuk mempertahankan diri.

Sebelum ini, kakak kepada Joy pula dalam satu kenyataan di media sosial mempertahankan adiknya dengan menyatakan adiknya tidak sempat pun 'berkenalan lanjut' dengan Hafiz kerana duduk sebumbung pun hanya enam hari sahaja.



Mungkin mereka berdua tidak tinggal sebumbung untuk berbincang tetapi rasanya masing-masing boleh bertemu dan bercakap secara matang tanpa perlu melibatkan media sosial.

Apa lagi kalau betul persoalan batin menjadi punca perbalahan mereka suami isteri. Pasti Hafiz dan Joy tahu dalam agama sendiri tidak suka menyebarkan aib suami isteri.

Berbalas dan berkongsi kenyataan di laman sosial hanya akan membuka lebih banyak pekung di dada padahal kesudahnnya tiada pihak yang menang pun.

Biasalah adat pergaduhan suami isteri, pasti ada saja ahli keluarga yang akan turut sama masuk campur. Buat Hafiz mahu pun Joy, sebaik-baiknya berbincanglah agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik dan matang.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: