17 August 2017

5 GAMBAR - 'SHEIKH ADAM' & 'SHEIKH NOAH', NAMA KEMBAR SHEIKH MUSZAPHAR


Pada hari lahirnya iaitu pada 27 Julai lalu, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 45, telah menyambut kelahiran cahaya mata kembar lelaki apabila isterinya Dr. Halina Mohd Yunos selamat melahirkan secara normal.





Entri tersebut menunjukkan pergelangan kaki bayi kembarnya yang memakai gelang kain berhuruf nama mereka dengan kepsyen memaklumkan bahawa Sheikh dan isteri telah menamakan si kembar itu dengan nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Dalam entri sama, Dr Sheikh mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang berkongsi nama-nama yang cantik dengannya.

"Thank You for all the beautiful names posted to us. We decided to nam the twins Sheikh Adam & Sheikh noah.. Salam Jumaat Everyone."

Ramai yang memuji nama yang diberikan indah kerana menggunakan nama-nama Nabi dan ada juga berkata keluarga Sheikh sudah lengkap dengan mempunyai dua anak perempuan dan ua anak lelaki.

Klik untuk gambar besar


Di samping itu, Dr Sheikh juga turut memuatnaik beberapa gambar dua anak perempuan, Sophea Isabella dan Sophea Natasha menjaga kedua kembar itu.

Pasangan itu telah mendirikan rumha tangga pada tahun 2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah atas kelahiran bayi kembar yang comel dan semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan dalam keluarga mereka.

Di doakan juga agar bayi kembar ini membesar dengan sihat da menjadi anak yang soleh buat kedua-dua ibu dan abap mereka.








www.myartis.com / Sumber: Dr Sheikh Muszaphar IG & Dr. Halina IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: