17 August 2017

VIDEO: "SIKAP SYAFIQ KERANA IBUNYA TAK TAHU DIDIK ANAK" - ISTERI SALEEM


Nampaknya kontroversi membabitkan penyanyi Saleem (Iklim) mengenai dengan penyanyi baru, Syafiq Farhain memasuki episod baharu apabila penyanyi legenda itu bersama isterinya, Julia Bachok telah bertindak 'menyerang' syarikat rakaman Music Valey Malaysia (MVM).





Drama 'serangan' itu berlaku di Taman Shamelin Perkasa, Cheras pada petang Rabu yang turut ditemani seorang lelaki berbadan sasa dipercayai pengawal peribadi mereka.

Melalui rancangan Melodi sebelum ini, Saleem memberitahu yang dia tidak membenarkan Syafiq yang merupakan seorang anggota bomba yang kini bergelar artis rakaman menggunakan namanya dalam promosi album dan menyanyikan lagu-lagunya.

Pengarah urusan syarikat rakaman Syafiq, MVM Production- Rumhadi Rumlan memberitahu telah pun berjumpa Saleem dan akur dengan permintaan Saleem walaupun pada dasarnya yang berhak membuat larangan menyanyikan lagu ialah syarikat rakaman asal kumpulan Ikilm.

Klik untuk gambar besar
Syafiq Farhain bersama ibu kandungnya


Terbaru, dalam satu video yang dimuatnaik oleh Utusan Online, isteri Saleem, Julia Bachok menyampaikan rasa berang dengan komen-komen netizen mengenai perkara itu.

Dalam video itu juga, Julia mendakwa sikap Syafiq ialah kerana ibu kandungnya itu yang tak tahu mendidik anak.

Wanita itu juga dilihat mengawal temubual dengan pemberita dan mendakwa Syafiq tidak pernah meminta izin dari Saleem untuk menyanyikan lagu-lagunya.

Meminta Syafiq berdiri dengan bakat sendiri, Julia berkata sekiranya masih ingin menggunakan nama Saleem dan menyanyikan lagu-lagunya, syarikat rakaman Syafiq perlu membuat persetujuan pembayaran royalti kepada Saleem.



Julia juga menyelar netizen yang membuat komen tanpa mengetahui situasi sebenar dan meminta netizen berjumpanya.

Sehubungan itu, pengarah urusan syarikat rakaman Syafiq sekali lagi memohon maaf kepada Saleem kerana menggunakan namanya dalam rangka promosi album Syafiq dalam video berasingan.

Bagaimanapun, kebanyakan netizen menyelar kelancangan Julia dan mendakwa wanita itu lebih sudu dari kuah.

Rakaman ini disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online ketika Julia, Saleem dan pengawal peribadi mereka cuba bersemuka dengan staf syarikat rakaman Syafiq.


Klik link dibawah ini untuk tonton video:

VIDEO 1
VIDEO 2


www.myartis.com / Sumber: Utusan & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: