30 August 2017

HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN - LAN PET PET & ISTERI TUNAI HAJI


"Alhamdulillah... Ini hadiah dari Allah mendapat panggilan Haji pada hari Ulangtahun Perkahwinan kami. Hari ni (27 Ogos 2017) kami berangkat ke Tanah Suci menunaikan Haji 2017.





"Dikesempatan ini, saya bersama isteri memohon AMPUN dan MAAF sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami...🙏🏻

"Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, di kurniakan kesihatan yang sempurna dan kekuatan Rohani dan Jasmani sepanjang menunaikan segala ibadah dan ziarah dan memperoleh Haji mabrur serta Redha Allah swt.🙏🏻

"Insya Allah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan utk Seluruh Umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yg belum menunaikan Haji pd thn akan dtg insya Allah. 🙏🏻

"Labaikallah...," demikian kapsyen di laman Instagram pelawak otai, Lan Pet Pet dan juga isterinya, Ruby Che Wan.

Klik untuk gambar besar


Melihat kasyennya, Lan dan isterinya telah berkongsi rasa syukurnya yang tidak terhingga kerana dapat menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji pada tahun ini.

Inilah hadiah yang paling bahagia buat pasangan ini yang mendapat panggilan haji pada hari ulangtahun perkahwinan mereka.

Rata-rata pengikut pasangan ini telah meninggalkan kata-kata doa agar segala urusan Lan dan isterinya untuk menunaikan haji sentiasa dipermudahkan.

Alhamdulillah... kami ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat Lan dan isteri dan semoga segala urusan di Tanah Suci dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur.






www.myartis.com / Sumber: Lan Pet Pet IG & Ruby Che Wan IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: