31 August 2017
NORMAN HAKIM & ISTERI BAKAL 'NAIK PELAMIN' LAGI
"Sempena ulangtahun perkahwinan saya dan Memey, kami akan bersanding sekali lagi dan lebih menarik akan melibatkan keluarga besar termasuk bekas isteri dan anak-anak.
"Selain bersanding, majlis doa selamat akan diadakan sekali sempena kesyukuran anak sulung saya, Mohamed Danish Hakim yang tamat khatam al-Quran dan hafazan 30 baru-baru ini," demikian kata Norman Hakim mengenai majlis tersebut.
Norman akan 'bersanding' sekali lagi bersama isterinya, Memey Suhaiza sempena ulangtahun perkahwinan kali ke-6 pada 24 September ini.
Norman atau nama penuhnya Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata, majlis itu diadakan sebagai tanda simbolik dan gimik selepas perlantikannya dan isteri sebagai duta rasmi Mahligai Impian Catering & Events pada Mac lalu.
Dalam pada itu, Norman memberitahu bahawa pada majlis itu juga dia akan mengumpulkan semua ahli keluarganya termasuk bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya bagi memeriahkan acara itu.
Klik untuk gambar besar
Malah kata Norman, pihak 'Mahligai Impian Catering' telah pun memaklumkan perkara itu kepada Abby dan masih menantikan persetujuannya dan mungkin mereka akan bersanding bersama dengan bekas isteri dan suaminya, Faizal Zakaria.
Sementara ditanya mengenai perasaannya, Norman mengakui perasaan gemuruh masih dirasai walaupun pernah bersanding sebelum ini.
"Memang cuak juga nak naik pelamin lagi sekali tetapi saya teruja kerana pengisian kali ini tidak klise seperti majlis yang biasa dibuat.
"Mungkin orang melihat trend pasangan berkahwin menyambut ulangtahun perkahwinan, tetapi nawaitu untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat itu lebih penting," ujarnya.
Majlis bertemakan 'Islamic Vintage' itu akan diadakan di Selayang, Selangor dan melibatkan jemputan antara 1,000 hingga 2,000 orang.
Sementara itu, Memey pula memberitahu perasaannya bercampur baur di antara malu dan teruja apabila bakal 'naik pelamin' buat kali kedua dengan Norman.
"Saya gembira dan teruja memandangkan majlis kali ini saya sudah berhijab berbanding ketika bersanding dahulu.
"Dapatlah saya kongsi gambar perkahwinan untuk tatapan anak-anak berbanding gambar sebelum memakai tudung sebelum ini," tuturnya yang berkahwin dengan Norman pada 24 September 2011.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment