30 August 2017

KAKAK DIJEMPUT ILAHI: "KOSONG TANPANYA" - EYKA FARHANA


Takziah kami ucapkan kepada pelakon Eyka Farhana atas pemergian kakaknya iaitu Wan Anis Farhana yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang meninggal dunia pada 23 Ogos lalu.





Kata Eyka, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham meskipun sukar baginya menerima hakikat bahawa satu-satu kakaknya pergi buat selamanya.

Dalam masa sama, Eyka berkata yang dia terkesan dengan pemergian Allahyarham kerana dia bukan sahaja menganggap Anis sebagai kakak tetapi teman baiknya.

"Memang sukar saya terima hakikat ini tetapi saya sekeluarga reda kerana inilah jalan yang tenang buat kakak, syurga tempat kakak.

"Allah meminjamkan kakak selama 24 tahun kepada kami dan kehadirannya telah menceriakan kehidupan kami semua walaupun dia seorang OKU.

Klik untuk gambar besar


"Kakak banyak mengajar saya untuk menghargai kehidupan terutamanya keluarga dan saya sebenarnya bukan sahaja kehilangan kakak tetapi seorang teman baik," katanya.

Difahamkan, kakak Eyka menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.40 malam di kediaman keluarga di ibu negara. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru.

Bercakap lanjut mengenai kakaknya, Eyka berkata, kesihatan arwah mula merosot sejak beberapa bulan lalu dan Allahyarham meninggal dunia dalam keadaan tenang.

"Sehari sebelum kakak meninggal saya sempat meluang masa bersamanya, dapat peluk cium kakak dan tengok kakak tenung semua orang.



"Pada hari dia meninggal saya berada di set penggambaran dan dia di serang sawan dan memang hendak membawanya ke hospital.

"Tetapi ketika itu kami sedar dia sudah hendak 'pergi' sebelum meninggal dunia dengan tenang di rumah," jelasnya.

Sementara itu, kata Eyka, walaupun Anis seorang OKU namun arwah mampu menunjukkan respon dan faham apabila mereka bercakap dengannya.

Mengimbau kenangan bersama kakaknya, Eyka memberitahu walaupun Anis seorang OKU namun arwah mampu menunjukkan respon dan faham apabila mereka berkomunikasi dengannya.



Tutur Eyka lagi, dia akan merindukan saat arwah mengejutkan setiap pagi selain setia menunggunya pulang daripada set penggambaran.

"Kalau saya balik lambat dari kerja kakak mesti tunggu saya pulang dan dialah orang yang akan mengejutkan saya bangun pagi. Tetapi sekarang...

"Kakak walaupun dia OKU tetapi dia faham apa yang dikatakan kepadanya selain mampu mengesot walaupun tidak boleh berjalan.

"Keletahnya sentiasa menceriakan kami sekeluarga dan sekarang terasa seperti kosong tanpanya," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mstar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: