30 August 2017
BERTUNANG OKTOBER DEPAN - ELFIRA LOY RASA BERDEBAR
"Insya-Allah kami akan bertunang Oktober ini, cuma tarikhnya belum ada. Ayah kami akan berbincang mengenai tarikh yang sesuai.
"Berdebar juga rasanya sebab tidak pernah melalui situasi seperti ini," jelas pelakon Elfira Loy, 23, mengenai berita pertunangan mereka.
Pada Jun lalu, keluarga penyanyi Sufian Suhaimi telah merisik Elfira dengan pemberian cincin tanda sebagai simbolik kepada hubungan yang terjalin di antara mereka.
Dalam masa yang sama, Elfira turut berkongsi sedikit sebanyak mengenai majlis pertunangannya nanti, dimana majlis tersebut akan diadakan di kediamannya di Cheras.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu disebalik kegembiraan mereka bakal bertunang nanti, ada juga pihak mempersoalkan tindakan Elfira yang memilih untuk berumah tangga pada usia yang masih muda.
Malah pemilihan Sufian sebagai teman hidup juga turut dipersoalkan kerana menganggap beliau masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami.
Apapun, jika empunya badan sendiri sudah bersedia untuk bergelar suami isteri apa salahnya mempercepatkan benda baik sebegini bukan. Semoga segala persiapan pasangan ini dipermudahkan.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment