29 August 2017

KES MUFLIS SHAHEIZY SAM - LHDN DIARAH FAILKAN PETISYEN PEMIUTANG


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas pelakon Shaheizy Sam.





Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam telah menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam hasil Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar berkata tarikh itu ditetapkan Penolong Pendaftar mahkamah, Siti Surieyati Mohamed Yusoff dalam kamar semalam.

"Mahkamah mengarahkan pihak LHDN untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi memulakan proses prosiding kes ke atas Shaheizy. Selepas petisyen pemiutang difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran kes ini," katanya.

Klik untuk gambar besar


LHDN sebelum ini berkata tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan Shaheizy atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abd Samad, 34, dalam akhbar mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim dilapor berkata, notis itu diterbitkan selepas lembaga itu mendapat kebenaran mahkamah mengenainya.

Bagaimanapun, Shaheizy dalam kenyataannya kepada media mengakui tidak tahu menahu mengenai status dirinya yang diisytihar muflis. Pada masa yang sama, katanya, beliau belum menerima sebarang notis amaran sebelum ini.




www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: