29 August 2017

PERCUTIAN MEWAH HAIRUL AZREEN SEKELUARGA DI MALDIVES DIKECAM


Baru-baru ini, Hairul Azreen telah berkongsi sekitar percutiannya bersama isteri, Hanis Zalikha serta anak sulungnya, Yusuf Iskandar di kepulauan popular iaitu di Maldives.





Walaupun terlihat indah percutian keluarga kecil ini, namun perkongsian itu terpalit dengan komen tidak senang netizen yang melabelkan suami isteri selebriti itu berlagak menunjukkan kekayaan.

Isu itu dipercayai timbul apabila ada netizen yang 'menyiasat' kos bermalam di resort berkenaan boleh mencecah RM13,000 semalaman.

Bagaimanapun, Hairul atau isterinya tidak pernah mendedahkan kos berkenaan di laman sosial mereka.

Kemewahan dan keindahan tempat percutian itu yang seolah-olah terapung di tengah laut, dengan berkonsep rekaan terbuka dan pemandangan laut membiru membuatkan sesetengah netizen melatah.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, ada peminat yang berpendapat semuanya rezeki masing-masing dan adalah tidak wajar untuk berbusuk hati dengan pencapaian atau hidup orang lain yang tidak ada kaitan secara langsung pun dengan kita.

Antara paparan di Instagram mengenai percutian berkenaan yang buat pengikut 'makan hati' adalah buffet pencuci mulut tidak terhad, bilik yang dilengkapi gelongsor ke laut, bumbung mudah alih untuk pemandangan langit waktu malam dan kolam mandi luar bilik dengan pemandangan laut memukau.

Turut mendapat perhatian netizen adalah keletah anak sulung pasangan itu yang buat masa ini mengumpul peminat sendiri dengan jutaan pengikut di Instagramnya, @theyusufiskandar.

Apapun, semoga Hairul dan sekeluarga bergembira dengan percutian mereka.


















www.myartis.com / Foto: Hairul Azreen IG, Hanis Zalikha IG & Yusuf Iskandar IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: