29 August 2017

"RUMAH TANGGA KAMI BAIK-BAIK SAJA" - KEITH FOO NAFI BAKAL BERCERAI


Baru-baru ini, ada dakwaan yang mengatakan yang kononnya rumah tangga pelakon Keith Foo yang dibina bersama isteri, Kim Raymond, sejak tiga tahun lalu kini berantakan.





Dakwaan berkenaan mula kedengaran apabila pasangan ini dikatakan sudah jarang memuatnaik gambar bersama di laman sosial sejak kebelakangan ini, malah isteri Keith juga dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya itu.

Bukan itu sahaja, malahan aktor yang mencipta nama menerusi drama rantaian 'Ariana Rose' itu dikatakan terlantar di hospital baru-baru ini adalah berikutan masalah rumah tangga yang dihadapinya dengan isteri.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dinafikan bapa kepada Skylar Raymond-Foo ini dan menjelaskan hubungan mereka masih bahagia.

Klik untuk gambar besar


"Cerita kononnya rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar sama sekali. Malah, kehidupan kami macam biasa saja. Kami juga ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baharu," kata Keith.

Mengenai insiden beliau dimasukkan ke hospital, Keith memberitahu bahawa dia mengalami kecederaan ketika bersenam hingga menyebabkan kepalanya terhantuk.

"Baru-baru ini, memang saya dimasukkan ke hospital, tetapi disebabkan kecederaan dialami ketika bersenam. Kepala saya terhantuk pada objek keras. Jadi, dua malam juga saya terpaksa bermalam di hospital," jelasnya.

Sementara itu, seperti suaminya, Kim turut menjelaskan hubungannya dengan suami berjalan seperti biasa.



"Semuanya baik-baik saja dan kami pun baru saja dapat anak perempuan (hujung Mei lalu). Dalam soal tidak mengikutinya di Instagram, saya sendiri pun tak sedar akan hal terbabit.

"Anak buah saya gemar melihat gambar di akaun suami saya. Mungkin dia tersalah tekan hingga tidak lagi mengikuti suami saya," tutur Kim.

Macam-macam saja gosip liar yang bertebaran padahal rumah tangga Keith dan isteri bahagia sahaja rupanya. Malah pasangan ini juga baru sahaja mendapat cahaya mata baru-baru ini.

Apapun, semoga Keith dan isteri sentiasa berbahagia di samping anak comel mereka yang dilahirkan pada 30 Mei lalu.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: