29 August 2017

MUDAHKAN SEMUA PIHAK - DATO' VIDA MENGAKU SALAH, BAYAR DENDA RM4,800


Semalam di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Dato' Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Dato' Seri Vida, telah didenda RM4,800 selepas mengaku bersalah menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.





Majistret Mohd Azali Ibrahim turut memerintahkan Hasmiza, 46, menjalani tambahan hukuman penjara lima bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Dia selaku orang kena saman (OKS), yang terkenal dengan lagu 'I Am Me', membayar denda berkenaan.

Dalam prosiding itu, ketika jurubahasa membacakan pertuduhan dihadapinya, Dato' Seri Vida menjawab ringkas, 'bagi memudahkan semua pihak, saya mengaku salah'.

Klik untuk gambar besar


Mengikut pertuduhan, Dato' Seri Vida didakwa menyiarkan iklan dalam rancangan 'Jom Singgah' di syarikat penyiaran televisyen, mengenai produk kesihatannya, Pamoga yang didakwa boleh menyembuhkan kulit melecur, sakit sendi dan sakit lutut tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, antara 1 hingga 1.30 tengah hari, 18 Julai 2016.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1)(b) akta, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Terdahulu, Dato' Seri Vida yang tidak diwakili peguam, dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan hanya mengulangi testimoni daripada pelanggan mengenai keberkesanan produk berkenaan.

"Saya tidak dapat mengawal percakapan kerana program itu disiarkan secara langsung dan sekarang saya memilih untuk berdiam diri dan tidak membuat siaran langsung lagi," katanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Bahagian Penguatkuasaan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), membantah rayuan itu dan memohon dikenakan hukuman berat kerana mempunyai kesalahan lampau serta OKS dikenali ramai.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: