29 August 2017

HUBUNGAN DENGAN DATUK RED - NONNY (AF5) TAMPIL NAFI & BERSUMPAH


"Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red).





"Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat," kata pelakon Nonny Nadirah berhubung gosip dirinya menjalinkan hubungan istimewa dengan Datuk Red, suami kepada Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi.

Nonny yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) itu sanggup bersumpah dan menegaskan dia tidak pernah bertemu, mahupun berhubung dengan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.

Terdahulu, Nonny dikaitkan dengan ahli perniagaan itu selepas Datuk Red mengakui menjalin hubungan rapat dengan seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai 'N'.

Bagaimanapun, Datuk Red mengakui hubungan yang terjalin sejak beberapa bulan lalu itu sudah berakhir selepas ia dihidu Adira.

Klik untuk gambar besar


Menurut Nonny, dia terkejut apabila pihak pengurusannya memberitahu tentang pengakuan Datuk Red dan namanya disebut-sebut sebagai individu yang dimaksudkan itu.

Malah akui Nonny, gosip tersebut telah membuatkan dia dan teman lelakinya bergaduh. Kata Nonny lagi, dia tidak mahu memberikan kenyataan lanjut kerana apa didakwa Datuk Red itu tidak benar.

"Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan akhbar tentang pengakuan dia tu.

"Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar," jelasnya yang berasal dari Sabah.



Tambah pelakon ini, dia juga enggan memanjangkan isu itu kerana menghormati perasaan dua isteri Datuk Red, keluarga dan bakal mertuanya.

Jelas Nonny, dia sudah mempunyai teman lelaki dan percintaan mereka sudah pun memasuki tahun kelapan dan merancang untuk berkahwin.

"Kalau boleh saya tak mahu panjangkan perkara ini sebab hormat isteri Adnan (Datuk Red) termasuk Adira, keluarga saya dan keluarga bakal mertua.

"Lagipun, saya dan teman lelaki sudah lapan tahun bersama. Kami pun ada perancangan untuk berkahwin. Saya tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan saya dan teman lelaki berantakan," ujarnya.



Sementara itu, Nonny berharap dengan penjelasannya itu semua pihak berhenti menyebarkan gosip atau fitnah mengenai dirinya dan Datuk Red.

"Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah. Tapi rasanya tak perlu melibatkan gosip cinta," tutur pelakon drama 'Isteri Luar Biasa' ini.

Sebelum itu, Datuk Red pernah 'kantoi' apabila video memperlihatkan dia memeluk Ruhainies ketika menaiki eskalator sebuah pusat beli belah tersebar.

Untuk makluman, Datuk Red mempunyai tiga cahaya mata bersama dengan isteri pertama, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Syarifah Norshafila Hassim.

Manakala dengan isteri kedua, Adira pula, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anggrek yang dilahirkan pada 10 Mac lalu.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: