Baru- baru ini, pelakon Amyra Rosli yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi itu telah menyambut hari lahirnya yang ke-26 bersama kelab peminat 'Amyra Rosli Supporters' (ARS).

ARS telah menganjurkan majlis kejutan bagi meraikan isteri kepada pelakon Amar Baharin.
Dalam majlis tersebut, pelakon cantik yang dilahirkan pada 24 Ogos ini berasa sangat terharu dan teruja di atas sambutan yang diadakan itu.
Pelbagai program menarik dianjurkan sepanjang majlis hari lahir itu termasuk persembahan nyanyian suaminya.
Selamat hari lahir kami ucapkan kepada Amyra dan semoga proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar.
Klik untuk gambar besar


































www.myartis.com / Foto: Amyra Rosli Supporters IG
________________________

No comments:
Post a Comment