28 August 2017

'ABANG LONG FADIL 2' DIROMPAK LAGI - ASTRO SHAW BUAT LAPORAN POLIS


Pada pagi semalam, ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar telah membuat laporan polis kali kedua di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur, terhadap seorang pengguna Youtube yang memuatnaik rakaman penuh filem 'Abang Long Fadil 2'.





"Kami memandang serius perkara ini dan laporan polis ini dibuat untuk menyiasat perbuatan tidak bertanggungjawab ini sebelum tindakan undang-undang diambil," katanya.

Rakaman penuh filem itu dilakukan secara tersembunyi dari sebuah pawagam dan telah dimuatnaik di Youtube pada pukul 8.55 malam.

Bagaimanapaun, perkara itu telah disedari oleh penerbit filem terbabit, Datuk Yusof Haslam dan amaran telah dikeluarkan kepada pihak itu.

"Namun, video itu sempat ditonton lebih 100 pengguna," tambahnya yang turut berkata rakaman itu kemudiannya dipadamkan daripada Youtube pada pukul 9.45 malam.

Klik untuk gambar besar


Jika disabitkan kesalahan pihak yang melanggar Akta Hakcipta 1987 boleh didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap salinan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan yang berikutnya tertuduh akan didenda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak lebih daripada RM40,000 bagi setiap salinan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini pada hari Jumaat lalu, seorang pengguna Instagram telah memuatnaik rakaman 30 saat filem 'Abang Long Fadil 2' dan laporan polis telah dibuat.

Filem 'Abang Long Fadil 2' dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, Datuk AC Mizal, Achey, Tania Hudson, Wak Doyok, A. Galak dan ramai lagi.

Filem kerjasama pertama Skop Production dan Astro Shaw ini mula ditayangkan di pawagam sejak Khamis lalu iaitu 24 Ogos 2017.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: