28 August 2017

5 SELEBRITI BERANGKAT KE TANAH SUCI, TUNAI HAJI


Alhamdulillah... Nassier Wahab, Fauziah Latiff, Azrinaz Mazhar Hakim, Datuk Hattan & Datuk Nash berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadat haji.





Menerusi akaun Instagram milik Nassier, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Sekali Aku Jatuh Cinta' itu memuatnaik gambarnya bersama Fauziah atau lebih mesra disapa Gee, 47, memohon doa peminat agar perjalanan mereka dipermudahkan selain mendapat haji mabrur.

"Alhamdulillah. Bersama Gee, kami akan berlepas ke Tanah Suci, doakan semoga perjalanan kami dirahmati Allah," kata Nassier, 55, yang akan ditemani pengurus peribadinya, Alif Salim.

Isteri Nassier, Datin Fatimah tidak dapat turut serta atas masalah kesihatan yang dialaminya.

Difahamkan, Fauziah yang berangkat ke Tanah Suci ditemani ibu tercinta, Ngasiah Ahmad itu menghabiskan masa selama lebih tiga minggu bagi melaksanakan ibadah-ibadah yang dituntut.

Klik untuk gambar besar


"Syukur pada Allah kerana saya diundang oleh Allah untuk mengerjakan haji. Tidak tahu bagaimana rasanya untuk menyatakan rasa gembira. Dalam masa saya juga sebak kerana tidak sangka menerima undangan ini.

"Alhamdulillah, saya tidak dapat nak gambarkan betapa bersyukurnya saya kerana berpeluang mengerjakan haji bersama ibu saya," ujar penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu 'Teratai Layu Di Tasik Madu' itu lagi.

Manakala bekas personaliti televisyen, Azrinaz pula, beliau yang berangkat bersama abangnya itu turut memuatnaik gambar sebelum bertolak ke Makkah dengan membuat permohonan maaf kepada umum sekiranya ada kesilapan dilakukan.



"Abang saya dan saya akan berlepas ke Tanah Suci Makkah al-Mukarramah bagi menjalani rukun Islam kelima. Saya ingin memohon maaf di atas segala kesilapan dan kekhilafan kami, sama ada sengaja atau tidak, jauh dan dekat, kenal rapat mahupun tidak, alam realiti dan juga maya.

"Doakan kami diberikan kekuatan, kesabaran, kesihatan optimum dan haji yang mabrur. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan untuk saya sebelum ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa budi baik kalian.

"Ya Allah, sesungguhnya kami mohon kepada-Mu kebaikan dan ketaqwaan di dalam perjalanan bakal-bakal haji kami ini dan semoga ia menjadi amalan yang Dikau redai," ujarnya.

Sementara itu, dua penyanyi legenda rock, Datuk Hattan dan Datuk Nash akan berangkat ke Makkah menerusi penerbangan terakhir ke Jeddah pada hari ini iaitu 28 Ogos 2017.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: