27 August 2017

KONTROVERSI TAK JEJAS 'PERIUK NASI' - AFIFAH NASIR KINI LEBIH MATANG


Selepas namanya terpalit dengan kontroversi, pelakon Afifah Nasir kini lebih berhati-hati dan tidak lagi mudah mempercayai orang disekelilingnya.





Afifah tidak pernah melenturkan semangat yang ada dalam dirinya bagi meneruskan karier sebagai anak seni selepas kontroversi 'hangat' yang melanda baru-baru ini.

Dalam masa sama, Afifah berkata yang dia enggan menoleh ke belakang mengenang kejadian yang berlaku sebaliknya berazam untuk sentiasa bersikap positif.

Malah adik kepada aktres Anzalna Nasir ini memberitahu kontroversi itu juga telah mematangkan dirinya selain mengajar dia agar tidak mudah mempercayai orang sekeliling.

Klik untuk gambar besar


"Kehidupan kena diteruskan dan Alhamdulillah apa yang berlaku tidak mematahkan semangat saya. Cuma saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk saya agar tidak lagi terpalit dengan kontroversi.

"Saya semakin matang dan kejadian itu juga banyak mengajar saya agar tidak mudah mempercayai orang disekeliling kita," katanya.

Bagaimanapun kata Afifah, itu tidak bererti dia akan mengasingkan diri daripada semua orang kerana bimbang terpalit dengan kontroversi sebaliknya membataskan pergaulan agar tidak timbul masalah.



"Takkan orang baik, kita hendak buat sombong pulakan? Apabila saya kata tidak mahu percaya orang sekeliling bukanlah bererti saya mengasingkan dan menyendiri.

"Saya tetap seperti biasa cuma lebih berhati-hati kerana kita tidak tahu niat orang ini macam mana," jelasnya.

Dalam pada itu, Afifah berkata, dia bersyukur rezeki dalam bidang seni tidak terjejas dan memberitahu tawaran berlakon masih ada.



Afifah memberitahu kagum dengan Fasha Sandha dan aktres terkenal itu banyak memberinya kata-kata positif.

Malah katanya, dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri 70 episod iaitu 'Syurga Yang Kedua' disamping Fasha Sandha, Zarul Husin dan Siti Elizad.

"Alhamdulillah karier berjalan seperti biasa dan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Syurga Yang Kedua.



"Seronok bekerja dengan nama-nama besar dalam projek ini kerana barisan pelakon seperti Fasha banyak beri kata-kata semanga dan positif," ujarnya.

Dunia hiburan sebelum ini dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: