27 August 2017

47 FOTO - SEKITAR PERCUTIAN MEWAH HAIRUL AZREEN SEKELUARGA DI MALDIVES


Baru-baru ini, Hairul Azreen bersama isteri, Hanis Zalikha serta anaknya, Yusuf Iskandar telah bercuti di kepulauan popular iaitu di Maldives.





Apa yang menarik, villa mewah Soneva Jani tempat penginapan Hairul sekeluarga bukan calang-calang harganya semalaman iaitu hingga mencecah RM13,000.

Memang bertuah badan jika menjejakkan kaki ke sana, namun buat masa ini mampu tengok Hairul sekeluarga sahajalah menikmati villa di persisiran pantai.

Untuk pengetahuan, villa di Maldives ini mempunyai beberapa kategori dengan perbezaan harga mengikut bilik, antaranya villa berharga RM8,000, RM13,000 dan RM64,000 semalaman.

Klik untuk gambar besar


Sekadar info, villa Soneva Jani terletak di sebuah lagun persendirian seluas 5.6 kilometer dan dikelilingi oleh lima buah pulau yang sangat cantik.

Jika dilihat pada laman Instagram pasangan ini juga, memang penuh gambar dan video yang dikongsikan buat peminat tersayang mereka.

Rata-rata peminat pun turut sama teruja melihat keindahan tempat itu, ditambah pula dengan gelagat mencuit hati Yusuf yang kacak berkemeja putih.




























































































www.myartis.com / Foto: Hairul Azreen IG, Hanis Zalikha IG & Yusuf Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: