19 August 2017

ISU SKANDAL SUAMI: "DIA INGIN RAIH PUBLISITI MURAHAN" - ADIRA


Semalam dengan bangganya suami kepada Adira Suhaimi dan Datin Red (Datin Syarifah Norshafila Hassim), Datuk Red mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baru yang dikenali sebagai N.





Namun kata Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, hubungan itu sudah berakhir selepas pelakon wanita kelahiran Sabah itu memberitahu isteri keduanya, Adira mengenai perkara terbabit.

Sudah lali dengan kontroversi membabitkan suaminya dengan wanita lain, Adira enggan mengendahkan perkara itu kerana menganggap suaminya sukakan publisiti murahan.

Berasakan ia sering kali berlaku, penyanyi yang berusia 6 tahun memilih untuk tidak mengendahkan kontroversi membabitkan suaminya itu.

Adira menegaskan, beliau enggan mempedulikan publisiti murahan yang diraih, sebaliknya lebih fokus untuk membesarkan anak perempuannya, Anggrek, yang kini berusia enam bulan.

Klik untuk gambar besar


"Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal yang membabitkan suami saya. Malah, saya mengetahui mengenai kontroversi (terbaru) ini pun apabila menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan sendiri.

"Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan kerana pada saya, dia seperti ingin meraih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah membuka aib sendiri?

"Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini. Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja," kata Adira.

Selain itu Adira turut memberitahu dirinya sudah tawar hati untuk mengambil sebarang tindakan setiap kali timbulnya kontroversi suaminya bermain cinta kerana sudah terlalu kerap terjadi.



Menerusi laporan media lain pula, Datuk Red turut mengakui sedang mencari calon isteri ketiga buat masa ini namun N tidak menepati citarasanya untuk dijadikan isteri.

Adnan juga sebelum ini pernah mencipta kontroversi apabila video dirinya memeluk pelakon, Ruhainies, ketika menaiki tangga bergerak di sebuah pusat beli-belah tersebar.

Kalau isteri sendiri sudah malas hendak melayan perangai suaminya, sebagai orang luar rasanya kelu lidah untuk memberikan komen.

Apa yang diharapkan Adira tabah mengahdapi kehidupan mendatang, apalagi menjaga anak sulungnya, Anggerik yang kini memasuki enam bulan.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: