19 August 2017

TIADA LAGI 'DRAMA' - HAFIZ HAMIDUN & ISTERI KINI BERBAIK


Nampaknya, pertelingkahan rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa yang baru dibina itu kini sudah kembali jernih apabila masing-masing dilihat sudah berbaik semula, dalam kemaskini terbaru menerusi akaun Instagram semalam.





Demi masa depan rumah tangga, Hafiz dan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin mengambil langkah terbaik iaitu memaafkan kekhilafan pasangan masing-masing dan melupakan apa yang sudah terjadi.

Malah, Hafiz dan Joy sama-sama meninggalkan reaksi positif terhadap status pasangan masing-masing sebagai tanda mereka kini sudah berdamai.

Klik untuk gambar besar


Semoga dengan posting daripada mereka berdua ini, cerita pergolakan yang lalu akan dilupakan. Mudah-mudahan selepas ini Hafiz dan Joy akan lebih matang dalam setiap tindakan.

Kita buang yang keruh dan kita ambil yang jernih. Mana tahu lepas ni ada berita gembira lagi ke daripada Hafiz dan Joy? Siapa tahu kan? Kita hanya merancang, tapi ingat… Tuhan yang menentukan segala-galanya.






www.myartis.com / Sumber: Hafiz Hamidun IG & Joy Revfa IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: