19 August 2017

VIDEO - ISTERI ALIFF AZIZ KONGSI DETIK ANAK SULUNG DILAHIRKAN


Kita semua mengetahui bahawa pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah telah menimang cahaya mata pertama mereka pada 8 Julai lalu yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean.





Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah menerusi laman Instagram telah berkongsi video momen-momen indah ketika putera sulungnya itu dilahirkan.

Melihat pada video yang kongsikan itu, Bella sangat gembira mendengar tangisan Ayden selepas dilahirkan kerana dia kini sudah memegang status ibu.

Dalam video tersebut juga terlihat beberapa kali Aliff mengucup dahi isterinya tanda terima kasih kerana telah melahirkan zuriatnya. Terpancar kasih sayangnya sebagai seorang suami ketika itu.

Klik untuk gambar besar


Di ruangan kapsyen video yang dikongsi olehnya, dia berkata bahawa dia ingin berkongsi saat indah ini bersama pengikutnya.

"Let me share this video with all of you my dear followers :'). The precious moment captured.

"Despite being unprepared for labor, I am proud and grateful to be able to have experienced one of life’s unforgettable moments surrounded by my family.

"Saya hargai semua ibu-ibu di dunia🌹especially my mom❤️ Sebagai anak kita jaga perasaan ibu dan ayah kita, jagalah maruah mereka dgn hanya menjaga diri kita. #AnugerahAllahswt," tulis Bella.



Rata-rata pengikut Bella telah meninggalkan komen bahawa hati mereka sangat terusik menonton video tersebut.

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang terpaksa bertarung nyawa untuk melahirkan bayi yang telah dikandung selama sembilan bulan.

Oleh itu, kita sebagai anak jangahlah sekali-kali mengecilkan hati ibu kita kerana pengorbanan yang telah dilakukannya untuk kita tidak dapat dibalas sampai bila-bila. Sesungguhnya ibu tiada ganti.






VIDEO DETIK BELLA MELAHIRKAN ANAKNYA


ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Bella Astillah IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: