03 August 2017

KENYATAAN AFIFAH - ANZALNA NASIR HARAP SABAR MENUNGGU



Sehingga ke hari ini, adik kepada Anzalna Nasir, Afifah Nasir masih berdiam diri berhubung isu yang turut membabitkan penyanyi Aliff Aziz.





Sebelum ini, kakak Afifah telah tampil memohon maaf atas komen pedasnya yang menyebabkannya menerima kecaman teruk daripada netizen sehingga beliau meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi.

Ramai yang mendesak adik Anzalna tampil memberi kenyataan berhubung isu itu selepas Aliff mengakui kesilapan tersebut di dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Selaku kakak Afifah, Anzalna menjelaskan bahawa semua pihak perlu bersabar sementara menunggu kenyataan daripada adiknya itu sendiri.

"Saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk kepada pihak sana (merujuk kepada Bella dan keluarganya).

"Saya berharap, selepas ini semua pihak boleh sabar menantikan sendiri kenyataan daripada adik saya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Anzalna menjelaskan bahawa semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan selain memohon agar segala urusan dipermudahkan.

"Tak rasa sedih dicaci, tak juga mahu menagih untuk dipuji. Setiap manusia tidak pernah lari daripada membuat kesilapan.

"Allah takkan mensia-siakan orang yang bersabar dan reda dengan setiap ujian-Nya. Amat rugilah juga seseorang itu apabila Allah menghadirkan ujian kepadanya, tetapi dia masih di takuk sama”

"Mengeluh tak berkesudahan, menyalahkan itu dan ini takkan membawa kita ke mana-mana. Semoga Allah permudahkan urusan kami," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________



No comments: