03 August 2017

KOMEN ISU ALIFF AZIZ - ZED ZAIDI SEKALI LAGI DISELAR NICK MIKHAIL



Kontroversi melibatkan artis Singapura, Aliff Aziz dan pelakon baharu Afifah Nasir mendapat perhatian banyak pihak sekaligus menjadi bualan hangat netizen sejak minggu lalu termasuklah Presiden Seniman, Zed Zaidi menerusi sebuah video.





Antara komen Zed, beliau menyifatkan Aliff telah mencemarkan imej sekaligus tidak menghormati artis Malaysia.

Dalam pada itu, Zed juga mengingatkan artis Malaysia terutama artis baharu supaya menjaga imej dan tingkah laku jangan sampai mencetuskan apa-apa kontroversi yang memalukan.

Bagaimanapun komen dan pandangan Zed yang menyelar Aliff mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah seorang warga negara Singapura dikenali sebagai Nick Mikhail Razak.

Dalam klip video yang dimuatnaik pada 1 Ogos lalu, Nick berpendapat kenyataan Zed seolah-olah sengaja mahu 'mematikan' artis Singapura. Malah Zed dikatakan tidak sepatutnya mencampuri urusan rumah tangga Aliff.

Nick Mikhail turut mempersoalkan mengapa Zed hanya berdiam apabila tercetusnya kontroversi mengenai sikap beberapa pelakon negara ini yang juga pernah terpalit dengan isu curang dan menganggu rumah tangga orang lain.

Selain itu, Nick mempersoalkan mengapa Zed tidak mengambil sebarang tindakan kepada beberapa artis Malaysia yang pernah mencetuskan masalah dan isu di Singapura.

Klik untuk gambar besar


Ini bukan kali pertana Nick Mikhail menyelar Zed. Sebelum ini, dia yang pernah berlakon bersama Zed dalam filem Bicara Hati (2004), mengecam komen Zed berhubung kontroversi pengacara popular Singapura, Najip Ali, yang didakwa mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, Aliff dan isterinya Bella telah mengadakan satu sidang media pada Isnin lalu bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut.

Selain itu, Aliff juga sudah memohon maaf kepada Bella atas kesilapannya dan berjanji perkara tersebut tidak akan berulang. Bella juga sudah memaafkan suaminya.

Kini ramai yang masih menantikan penjelasan lanjut daripada Afifah. Malah adik kepada pelakon jelita, Anzalna itu digesa membuat permohonan secara terbuka.

Kesimpulannya, Zed sepatutnya tidak perlu masuk campur hal rumah tangga mana-mana artis lain dan mengeruhkan lagi keadaan. Biarkan artis terbabit selesaikan masalah mereka sendiri.




www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest




         ________________________



No comments: