09 August 2017

KERAP HISAP BOTOL SUSU - GIGI ANAK WAWA & AERIL KENA CABUT SEMUA


Gigi anak sulung kepada pasangan Wawa Zainal & Aeril Zafrel iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, perlu dicabut kesemuanya atas nasihat doktor kerana rosak teruk.





Perkara itu didedahkan oleh Wawa menerusi entri terbarunya kelmarin beserta kapsyen ringkas.

"Tula isap botol susu je. Kan dah kena jumpa doktor gigi, doktor bagi saranan cabut semua gigi Attar sebab rosak terus. Abis lah. Lepas ni tak ada gigi dah," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Entri tersebut telah menerima pelbagai komen peminat yang rata-ratanya berkongsi tentang pengalaman yang sama seperti dialami Wawa.

Tidak kurang juga ada yang memberi nasihat dan juga komen mengusik kepada anak kesayangan pasangan selebriti Wawa dan Aeril Zafrel itu.
















www.myartis.com / Sumber: Wawa Zainal IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: